Wednesday, February 15, 2017

MB Terengganu very rude and arrogant


MB Terengganu Didakwa Halau Pakcik Tua Untuk Minta Bantuan Sekolah Anak

KUALA NERUS – Harapan seorang bapa pergi berjumpa wakil rakyatnya menjadi hampa, apabila beliau sendiri dihalau, disuruh pulang sahaja, tanpa diberikan apa-apa bantuan.
Wan Ismail Wan Nawang, 62, tinggal di Kampung Teluk Ketapang berkata, beliau pergi berjumpa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir yang juga Menteri Besar Terengganu untuk meminta bantuan persekolahan anaknya.
“Saya nak minta bantuan (untuk) anak sekolah, saya orang yang (giliran) ketiga…….(bila) saya masuk…..dia kata tak ada bantuan,“lepas tu dia hambat…..(lepas) tu saya pun lari, saya pun malaslah (nak tunggu),”ujarnya ketika ditemui.
Menurutnya beliau pergi berjumpa dengan Dato’ Seri Razif Abdul Rahman pada bulan Januari 2017.
Katanya, nasib beliau terus dirundung malang, apabila selepas itu, beliau mengadu kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu (MAIDAM).
“lepas tu saya pergi MAIDAM………dia hambat, orang lain boleh bantuan…..kita (saya) tak boleh,”katanya dengan nada sedih.
Beliau hairan kerana menurutnya, pada zaman Dato’ Seri Ahmad Said dahulu, beliau mendapat bantuan tersebut, tetapi sebaliknya apabila Razif menjadi MB.
Sedangkan, beliau mendakwa beliau adalah prnyokong kuat Umno dan Barisan Nasional dan tidak pernah mengundi sebelum in, selain dari ‘memangkah’ dacing.
Apabila ditanya, mengapakah keadaan demikiian berlaku, Wan Ismail berkata, Razif hanya memberi bantuan kepada ‘orang-orangnya’ sahaja.
– Bulentin Online

No comments:

RM1 billion takeover of KKMart coming soon.

  Conspiracy, conspiracy. That is the hot issue today. Before I start, can you guess WHO STAND TO GAIN OVER THE SOCK ISSUE? EBIT LIEW LOST H...