Wednesday, March 25, 2015

Commission are paid into whoever is in charge

The new DBKL2 building needs RM300 million. This is crazy. Why do we need to spend so much money for a local council new building? Isn't it better if the government use the money to build more low cost flats?
-----------------------------------------------------------------------------------
PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA :PUAN TERESA KOK SUH SIM [SEPUTEH]
TARIKH : 25 MAC 2015
SOALAN : 14
Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan secara terperinci tentang kos pembinaan dan kebaikan untuk membina ibu pejabat DBKL yang baru pada waktu kegawatan ekonomi sekarang. Nyatakan kegunaan bangunan DBKL yang sedia ada dan syarikat yang telah dilantik untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua
Untuk makluman Ahli Yang Berhotmat Seputeh, pembangunan semula Menara DBKL 2 akan melibatkan peruntukan pembangunan sebanyak RM300 juta, dengan peruntukan tahun 2015 berjumlah RM1 juta adalah bagi kerja-kerja penyediaan reka bentuk.
Menara 2 DBKL sedia ada berfungsi sebagai pejabat bagi beberapa jabatan dalam DBKL, manakala cadangan Menara DBKL yang baru dirancang untuk menyediakan ruang khas setempat lengkap dengan automasi untuk memudahkan urusan permohonan, kelulusan dan konsultasi. Untuk tujuan ini, jabatan-jabatan yang terlibat akan ditempatkan secara berpusat supaya DBKL dapat memberikan perkhidmatan yang efisien dan menjamin “World Bank Ranking” berada di tahap teratas secara berterusan. Menara ini juga akan disediakan pelbagai kemudahan masyarakat termasuk pusat komuniti, ruang pameran, ruang riadah, perpustakaan yang akan direka bentuk sebagai bangunan awam yang dilengkapi dengan ruang komersil dan business centre serta function rooms untuk disewakan kepada orang awam. Ia juga akan menyediakan kemudahan pengurusan secara berpusat bagi mengurangkan kos pengurusan dan logistic, menjimatkan masa dan kewangan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, pelantikan konsultan/kontraktor bagi menjalankan kerja-kerja pembinaan menara DBKL 2 ini sebenarnya belum dibuat kerana ia masih di peringkat perancangan. Sekiranya dilaksanakan, projek ini dijangka siap selepas tahun 2020.

No comments:

Can a Dead Duck come back alive?

  I HAVE NOT SEEN A MIRACLE FOR A LONG, LONG TIME. HAVE YOU SEEN ONE? ZAHID GIVEN A DNAA. NAJIS SENTENCE GIVEN A 50% DISCOUNT. ZAFRUL NOT CH...