Thursday, May 22, 2014

22nd June 2014 MARK YOUR CALENDAR


Sekali lagi kami mengajak seluruh rakyat Malaysia dan pencinta alam sekitar di seluruh dunia menyertai misi "RAKYAT TUTUP LYNAS"

Tarikh : 22 Jun 2014 (2pm)
Lokasi : Jalan utama menuju ke kilang Lynas, Gebeng Kuantan Pahang.

Kita akan occupy jalan utama menuju ke kilang Lynas dan desak supaya Lynas menghentikan operasi serta merta.. Ini adalah protes RAKYAT, semua dijemput hadir.. Selamatkan Malaysia dan hentikan pencemaran

Lynas adalah sebuah syarikat Australia yang telah membina sebuah kilang pemprosesan “rare earth”(nadir bumi) di Gebeng kira-kira 30km dari bandar Kuantan, Pahang. Nadir bumi merupakan mineral-mineral yang berunsur RADIOAKTIF. Kesan dari pencemaran radioaktif boleh menyebabkan kematian, kanser, leukemia, kecatatan otak, bayi cacat dan penyakit lain.. Keluasan Lynas menyamai 140 buah padang bola atau 100 hektar tanah

Secara ringkas, apa yang akan dilakukan oleh kilang Lynas ini ialah membuang unsur-unsur radioaktif daripada mineral nadir bumi supaya apa yang tinggal boleh digunakan dalam pelbagai industri, khususnya elektronik.

Apabila sebahagian daripada sesuatu yang dibuangkan, maknanya sisa akan terhasil. Dalam kes Lynas, unsur-unsur radioaktif yang dikeluarkan daripada mineral nadir bumi akan menjadi sisa-sisa RADIOAKTIF.

Lynas tidak akan menghantar sisa-sisa radioaktif kembali ke Australia, kerana larangan kerajaan Australia . Jadi sisa-sisa radioaktif tersebut akan dilupuskan di Malaysia.

hasi dari Lynas ~ Menteri dan kroni dapat berbillion Ringgit, tapi rakyat terpaksa tanggung risiko kematian, penyakit berbahaya dan pencemaran alam sekitar.

Impak Lynas pada rakyat Malaysia :
Bayangkan jika berlaku kebocoran atau tumpahan sisa Radioaktif, maka penyebaran radiasi akan berlaku... Sejauh 50 km dari kawasan radiasi sah berada dalam zon hangus dan radiasi akan terus merebak ke sarata tempat dan mampu mencapai keluasan beratus ratus kilometer.

Sisa buangan radioaktif akan dilupuskan di Malaysia. Lokasi Lynas dan kawasan sekitar 50km dari kawasan penduduk merangkumi lebih 500 000 manusia. Mereka ini paling berisiko jika sisa Lynas dilupuskan di kawasan sekitarnya.

No comments:

RM1 billion takeover of KKMart coming soon.

  Conspiracy, conspiracy. That is the hot issue today. Before I start, can you guess WHO STAND TO GAIN OVER THE SOCK ISSUE? EBIT LIEW LOST H...