Sunday, December 15, 2013

Another shooting another excuse

                                           
Pekerja ladang serang pasukan polis, seorang ditembak mati

December 15, 2013
Tindakan sekumpulan pekerja warga asing menyerang sepasukan polis menggunakan parang dalam kejadian di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran Betong, Sarawak, kira-kira jam 4 petang tadi menimbulkan tanda tanya sama ada terdapat usaha pihak tertentu mewujudkan senario seperti di Singapura minggu lalu.

Menurut Harian Metro, polis datang ke ladang itu untuk memberi bantuan selepas mendapat maklumat ada pekerja asing mengamuk, tetapi sebaik tiba mereka menyerang polis.

Bagaimanapun, dipercayai dalam kejadian itu, seorang polis dari balai berkenaan dipercayai tertembak mati seorang pekerja warga asing untuk mempertahankan diri.

Difahamkan, ketika ini pekerja asing terbabit dan beberapa rakannya merancang untuk menyerang Balai Polis Pusa bagi meminta penjelasan mengenai kejadian itu.

Difahamkan, sepasukan polis dari Pasukan Gerakan Am (PGA) digerakkan ke lokasi kejadian bagi mengawal keadaan.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Law Hong Soon ketika dihubungi berkata, maklumat lengkap masih belum diperoleh dan masih menunggu gambaran sebenar kejadian sebelum membuat sebarang kenyataan.

No comments:

RM1 billion takeover of KKMart coming soon.

  Conspiracy, conspiracy. That is the hot issue today. Before I start, can you guess WHO STAND TO GAIN OVER THE SOCK ISSUE? EBIT LIEW LOST H...