Saturday, April 27, 2013

UMNO elites involved in Sosilawati's murder



Baca maklumat lanjut di sini:
Apabila terdapat dakwaan menyatakan wujudnya seorang Ahli Dewan Undangan Negeri melindungi suspek utama pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, maka pelbagai tandatanya timbul, yang yang utama: Siapa ADUN tersebut?Di dalam beberapa kes “orang hilang” dan kes terbaru iaitu pembunuhan Datuk Sosilawati bersama dengan tiga yang lain, didapati ianya menunjukkan tentang penglibatan suspek dalam urusan tanah dan malaysikini hari ini mendedahkan tentang wujudnya penglibatan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Abdul Rahman Palil di dalam sekurang-kurangnya satu syarikat yang di jalankan oleh suspek pembunuhan kejam berkenaan.
Penglibatan Abdul Rahman Palil sebagai seorang Pengarah di dalam syarikat yang dijalankan suspek menimbulkan persoalan sajuh manakah perlindungan politik yang telah dinikmati oleh suspek sebelum penahanannya.
Malaysiakini hari ini ada melaporkan:
The involvement of a former Selangor exco member in the business dealings of at least one of the suspects in the Banting murders has raised questions of how much political backing the lawyers implicated in the case enjoyed before their arrest last month.
According to Companies Commission of Malaysia (CCM) documents obtained by Malaysiakini, former Selangor exco member and Sementa state assemblyperson Abdul Rahman Palil was a director in Ample Quality Sdn Bhd along with one of the suspects in the murder of cosmetics millionaire Sosilawati Lawiya and three others.
Abdul Rahman Palil pernah di dalam tahun 2006 diberikan notis bankrap sewaktu beliau masih seorang exco Selangor.
Selain itu Abdul Rahman Palil dikatakan telah mengaut keuntungan berlipat kali ganda di dalam kes penjualan tanah di dalam kes PKFZ. Hal ini pernah didedahkan oleh Exco Dewan pemuda Pas Perak.
Exco Dewan Pemuda PAS Perak, Saudara Mohd Hafez Sabri mendakwa tidak mustahil Umno mengaut rasuah yang lebih besar dari skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dinilaikan RM12 billion sekarang, bersandarkan pada beberapa kes yang melibatkan ‘orang penting dalam Umno dan MCA sebelum ini.
Menurut beliau , “Sebelum ini, kita banyak membincangkan watak-watak pemimpin MCA, sehingga menenggelamkan watak sebenar (serta) kepentingan politik Umno itu sendiri. Keyakinan saya, Umno lebih banyak mendapat faedah dari skandal PKFZ terbabit berdasarkan beberapa pendedahan sebelum ini.”
“(Antaranya) membabitkan Dato’ Abdul Rahman Palil (bekas exco Selangor/Umno) iaitu Pengerusi Koperasi Pembangunan Pulau Lumut (KPPL) menjual tanah hanya RM3 sekaki persegi kepada Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB). Kemudian, beliau (Rahman) juga selaku Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) bersetuju untuk membeli (semula) tanah tersebut daripada KDSB dengan harga RM25 sekaki persegi.” jelasnya.
“Ini bermakna dia (Rahman) dapat keuntungan 8 kali ganda (lebih kurang RM1.8 billion, termasuk faedah) dari skandal pembelian tanah tersebut.” jelasnya.
Beliau juga mempersoal kengganan Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas demi membongkar penyelengan serta rasuah di PKFZ itu.
“Kalau Dato’ Najib serius, seharusnya ia mendahulukan laporan PAC dalam sidang Parlimen depan seterusnya membentuk sebuah suruhanjaya diraja yang bebas. Skandal rasuah itu melibatkan beberapa individu dalam Lembaga (PKA) sendiri, bagaimana sebuah jawatan kuasa di bawahnya boleh melaporkan sesuatu tentang ‘Tuan Lembaga’nya sendiri. Ia sesuatu yang mustahil dan diragui.”
Malah di dalam pilihanraya yang lalu, Abdul Rahman Palil telah didakwa bahawa beliau telah membeli calon PKR bagi membolehkannya menang tanpa bertanding di DUN Sementa pada hari pencalonan tersebut. Ketua Pemuda PKR Kapar Suzaimi Salam yang diumumkan untuk bertanding di kerusi DUN Sementa melawan Abdul Rahman Palil gagal hadir dan dikatakan bercuti di Port Dickson.
Justeru itu, rakyat seluruhnya mengharapkan satu siasatan penuh dilakukan untuk mempastikan setakat mana wujud perlindungan politik yang diberikan oleh bekas exco kerajaan Selangor berkenaan kepada suspek sehingga sudah sekalian ramai menjadi mangsanya.
Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri didakwa melindungi suspek utama pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya ?
Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri didakwa melindungi suspek utama pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya. Ahli Parlimen S Manikavasagam (gambar kiri) berkata beliau mempunyai bukti wakil rakyat itu mempunyai kaitan dengan suspek tersebut.
Adalah dipercayai, suspek itu juga terbabit dalam beberapa kes orang hilang sebelum ini. Manikavasagam berkata beliau hanya akan mendedahkan identiti wakil rakyat itu bila tiba masanya.
“Saya mempunyai bukti, dan saya akan dedah siapa yang terlibat. Saya akan dedah!” kata Manikavasagam.
Sebelum ini, ahli Parlimen itu dibidas polis kerana menganggu siasatan, semasa beliau berkata mahu membawa isteri salah-seorang mangsa suspek ke lokasi pembunuhan.
Manikavasagam berkata, beliau tidak boleh mengelak apabila isteri kepada Allal Kathan Muturaja itu datang menemuinya, meminta pertolongan.
“Usharani datang dari India mencari saya untuk meminta bantuan. Beliau hubungi saya dan saya bantu. Tetapi saya kesal bila dibidas polis, yang kata saya campur siasatan. Saya sekadar mahu membantu dan polis sekurang-kurangnya patut berterima-kasih,” kata Manikavasagam.
Beliau turut memaklumkan, Usharani yang telah pulang ke India akan kembali ke Malaysia untuk membawa lebih banyak bukti bagi membantu siasatan polis.
“Usharani akan kembali ke Malaysia. Dia nak bawa bukti, dan saya mahu bantu. Usharani akan bagi kerjasama dengan polis,” ujar Manikavasagam.

No comments:

Zahid's land corporation proposal is insidious, unfeasible

  One proposal announced by no less than Deputy Prime Minister Ahmad Zahid Hamidi went relatively unnoticed at the recently concluded  Anwar...